Majlis Ihtifal merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga An-Najaah. Ia menjadi majlis penghargaan kepada pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik, hafazan al-Quran, akhlak dan kepimpinan sepanjang tahun.
Lebih daripada sekadar majlis penyampaian anugerah, Majlis Ihtifal An-Najaah membawa ruh tarbiyyah (didikan) dalam suasana penuh adab dan kemeriahan. Ia turut mempertemukan warga sekolah, para waris dan alumni dalam suasana ukhuwah dan syukur atas pencapaian anak-anak didik.
Antara pengisian utama Majlis Ihtifal adalah:
Persembahan pelajar
Penyampaian anugerah akademik dan anugerah khas
Persembahan pelajar: nasyid, pidato, hafazan surah pilihan
Ucapan oleh pentadbir sekolah & jemputan khas
Tayangan video kenangan perjalanan pelajar
Majlis ini juga menjadi detik kenangan buat para pelajar Tahun 6 yang bakal melangkah ke alam menengah dan membawa bersama nilai-nilai An-Najaah sebagai bekal dalam perjalanan masa depan.